Menu

20 Oktober 2023

Samsung Galaxy Ring Dijangka Tiba Tahun Depan

Samsung Galaxy Ring

Samsung dilaporkan sedang membangunkan cincin pintar yang berkemungkinan dapat membaca tahap kesihatan dengan lebih tepat lagi daripada peranti pengesan kesihatan semasa seperti Jam Tangan Pintar (SmartWatch) yang ada sekarang. Syarikat itu dijangka memperkenalkan peranti pintar baharu itu pada acara Galaxy Unpacked 2024 namun ianya belum mempunyai informasi yang jelas lagi.

Apakah ciri baharu yang ditawarkan? Penggunaan yang berasaskan pemakaian di jari adalah satu revolusi yang besar untuk Samsung berbanding barisan jam tangan pintarnya yang berjaya pada masa sekarang. Peranti itu diramalkan boleh menjejaki statistik kesihatan dan kecergasan yang serupa dengan alat boleh pakai berasaskan pergelangan tangan syarikat itu sendiri tetapi menawarkan faktor bentuk yang lebih kecil kepada pembeli.



Sekurang-kurangnya, pihak Samsung sudah pun mempatenkan untuk peranti itu dan dilaporkan pada tahun 2022 dengan tanda dagangan untuk Samsung Galaxy Ring oleh Perkhidmatan Maklumat Hak Harta Intelek Korea (KIPRIS). Alur berita Korea The Elec melaporkan pada pertengahan Julai lalu bahawa Galaxy Ring sedang dalam "pembangunan lanjutan", jadi ia pastinya kelihatan seperti produk itu lebih daripada sekadar paten. 

Butiran baharu daripada siri tipster Ice Universe mencadangkan bahawa Samsung Galaxy Ring akan debut bersama siri Samsung Galaxy S24, dan memasuki acara Unpacked Samsung seterusnya, pada Januari 2024. Seterusnya menyokong khabar angin Ice Universe, pembongkaran APK bagi aplikasi Galaxy Wearable mendedahkan kod merujuk kepada tarikh pelancaran 2024 untuk cincin pintar tersebut. Mungkinkah ianya akan digandingkan dengan Samsung S24 Ultra dan Samsung Fold 6 semasa pelancaran Galaxy Unpacked tahun depan? Bersama kita nantikan dan apa yang pasti kita sedang menuju era pembangunan maya.


13 Oktober 2023

Gelombang Whatsapp Scam 2021 kembali aktif



Kepada semua yang mungkin ada menerima mesej2 dari orang yang tak dikenali melalui wasap ataupun memasukkan anda ke dalam wasap group tertentu, anda harus tahu bahawa anda adalah orang yang berkualiti bagi scammer menjalankan taktik penipuan.


Plan, motif dan sebagainya akan bermula bila anda di masukkan dalam group wasap di mana anda dan beberapa orang di dalamnya (Biasanya dalam 30-40orang). Mereka akan meminta no akuan bank untuk mereka memasukkan komeysen atau ganjaran selepas selesaikan beberapa task yang mereka berikan. contoh task termasuklah memberikan "like @ follow" ke platform sosial media seperti Tiktok, Telegram, Linkedin,FB dan sebagainya. Ganjaran atau komesyen akan di bank in ke dalam akaun anda untuk pertama atau kedua kali selepas anda menyelesaikan task yang diberikan. Biasanya komeysen/ganjaran dalam anggaran rm6.79, rm8.79, rm10.79 atau dalam amount yang kecil. Ini semua adalah sebagai pancingan atau tarikan kepada anda supaya anda lebih percaya dengan task yang mereka berikan. Mereka akan memberikan penerangan bagaimana komeysen terhasil dengan begitu mudah, dan alasan mereka adalah dari sumber trafik internet yang tinggi melalui klik yang anda telah buat.


Sebagai pengguna yang bijak yang berada dalam tahun 2023 sekarang ni, tiada duit yang begitu mudah untuk kita dapatkan hanya melalui perkara yang senang. Mungkin anda selalu dengar mengenai pelaburan, affiliate, pasaran modal dalam talian dan pelbagai lagi, namun semua itu memerlukan ilmu pengetahuan dalam dunia cyber/IT.


Kalau anda betul2 berminat dalam mencari income sampingan yang dipercayai dan mudah difahami, anda boleh la cuba paltform Ecomobi Passio dan masukkan referral code ni 6tLY20z kerana saya sendiri adalah pengguna platform ini. Ia hampir serupa dengan affiliate Shopee.